Assalamualaikum,hai, olla, hello dan
salam sejahtera. Hehehe. Memandangkan entry sebelum ni nampak cam formal
sangat, kali ni kami (Oppa & Sein)decide nak tulis dalam mood ‘chill-chill’
je. Ehehehe.
So, pada 20 April 2013 tersebutlah
kisah 18 orang bebudak kiut-miut (cewah-cewah, kiut ke? :P) belajar macamana
nak pasang tali yang tegang untuk memasang khemah. Ni bukan khemah yang macam
selalu orang biasa bawa pergi ‘camping’ dan sudah siap bagi besi tu taw. Ni
khemah yang pakai ‘fly sheet and ground sheet’ je.
So, first of all kami punya
fasilitator, En. Ifratshim bagi pengenalan sikit bagitahu apa aktiviti kami
pada hari itu. Then, bermulalah kisah bagaimana nak memasang
tali untuk khemah:-
1.
Mula-mula
pada hujung tali yang pertama,kita gunakan ikatan manuk dan matikan ikatan
dengan menggunakan ‘thumb knot’. Tali diikat pada tiang.
2.
Seterusnya,
tarik baki tali dan bawa kepada tiang lain yang berdekatan. Pusingkan tali
kearah tiang yang pertama tadi dan sambung ikatan di tengah-tengah tali atau
berdekatan dengan tiang kedua.
3.
Kemudian,
gunakan ikatan figure of 8 on a bight, tarik dan tegangkan tali.
4.
Kemudian,
matikan ikatan pada tiang kedua dengan menggunakan ikatan manuk.
Tadaa, sudah siap. Bolehla, kita gantungkan ‘fly
sheet’ J. Oppss, tapi sebelum tu, hujung lubang pada
setiap’fly sheet’ juga mestilah kena ikat. Betul x? Mestila betul betul betul.
Hehehehe.
Jadi, untuk pasang
tali pada hujung setiap ‘fly
sheet’ ni, kita boleh gunakan ikatan
‘bowline’ ataupun ikatan ‘figure of 8 follow through’. Haa, nak tahu x kenapa
kita gunakan ikatan ini. Sebab utamanya ialah bila kita nak bukak semula
ikatan ni, mudah untuk kita potong tali tu sebabnya kedua-dua ikatan ni ada
‘loop’ or senang kata ada lubang utnuk ruang memotong. Hehe. Eh betul ke tidak
‘info’ yang kami bagitahu ni, rasanya betul dah. Haha confident level itu
penting J.
Then, bila sudah ikat setiap hujung
‘fly sheet’ tu, bolehlah kita cucukkan kayu atau apa-apalah yang boleh mencucuk
dan masukkan pada lubang tali tadi then cucukkan pada tanah. Eh eh lupa nak
bagitahu, then kalau tempat kita bina khemah tu tiada tanah utuk cucukkan kayu,
macamana? haayok…
Haha, jangan risau. Setiap masalah ada
jalan penyelesaiannya. Aceceh berkata-kata, hohoh. Ok kita balik semula pada
persoalan tadi. If tiada tanah, then kita boleh cari batu yang berat untuk
tahan setiap hujung ‘fly sheet’tu. Tapi ingat taw, cari yang betul-betul berat
sebab takut bila ada hujan lebat or ribut, terbang pulak dah khemah tu. Dan
seterusnya, habis sudah sesi pemasangan khemah.
Ok, sebelum tu Encik Ifrat ada juga
bagitahu faktor-faktor
pemilihan untuk pemasangan khemah. Antaranya:-
1.
Angin
(kedudukan pemasangan khemah mesti mengiringkan arah angin)
2.
Cahaya
matahari (bukaan seharusnya menghadap ke utara atau selatan)
3.
Pokok
(jangan memasang khemah di bawah pokok yang mudah jatuh ranting atau buahnya )
Selain itu, jika kita nak camping berseorangan
dan tidak mahu bawak khemah yang berat-berat atau memakan ruang kenderaan
kita,gunakanlah ‘hammock’. ‘Hammock’ ni macam buaian, kita ikat
pada tiang atau pokok yang saling berdekatan, then bolehlah baring atau duduk.
Comel je kan, hehe.
Then, itu sahaja pengisian untuk kelas kali ini.
Sekian dari kami. Da da di di du du, bye-bye J.
Refleksi: Daripada aktiviti kali ini kami dapat
belajar mengikat tali yang tegang dan menggunakan kaedah penggunaan tali yang
betul untuk pemasangan khemah. Selain itu, kami juga mempraktikkan pembelajaran
kami dalam entry sebelum ini iaitu belajar beberapa ikatan dan boleh gunakan
pada masa-masa tertentu atau sesuai. So, xdelah time pasang khemah nanti, tali
jadi kendur dan kita xboleh gunakan khemah tu. Kebetulan semasa kami belajar
pemasangan khemah ni, it’s the right time (bak kata orang putih). Sebabnya
ialah, kami akan ber’camping’ pada kelas yang akan datang J, then nantikan entry seterusnya.
p/s: atas kesulitan yang tidak diingini, gamar
xdapat dimasukkan.huhu T_T