Saturday 30 March 2013

KAYAK


KAYAK
Kayak ialah penggunaan kayak untuk bergerak merentasi air. Umumnya perbezaan kayak dengan berkanu ialah kedudukan tempat duduk pendayung dan bilangan bilah dayung. Berkayak ditakrifkan adalah bot dimana pendayungnya mendayung menghadap kehadapan, menjulur kaki mereka kehadapan, dan menggunakan dayung berbilah dua. Hampir semua kayak ditutup dengan dek. Kini, terdapat banyak ‘sit-on-top kayak’, dan ia semakin meningkat populariti.


JENIS KAYAK
a) sea kayak (KAYAK LAUT)- direka khusus untuk aktiviti kembara samaada untuk satu atau dua jurumudi dengan rekabentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut.



b) whitewater kayak-menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak

c) Kayak luncur ombak atau surf skis- direka khusus lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak

d) kayak jenis perlumbaan- menampilkan rekaan yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan


ANATOMI KAYAK

Kayak mempunyai bahagian yang penting:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bow= muncung bahagian hadapan
Stern= muncung bahagian belakang.
Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.
Fungsinya->memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak


2. PORT SIDE DAN STARBOD SIDE

Port side = bahagian kiri kayak
Starbod side = bahagian kanan kayak


3. HULL

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.


4. DECK (GELADAK ATAS)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.
Kegunaan ->menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

5. TOGGLES

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat dibahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya->memudahkan mengangkats esebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing.


6. COCKPIT

Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.


7. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk pedayung terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti arus deras dan tempat duduk boleh laras.


8. COAMING

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit.
Fungsi ->untuk menghalang air daripada memasuki cockpit.


9. KNEE BRACE

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck.
Fungsi->untuk menyokong lutut pedayung dan member cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.


10. TOWLINE/DECKLINE

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga kebahagian stern. Fungsi ->sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline


11. KEEL

Terletak di bahagian geladak bawah kayak.
Fungsi->untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

12. FOOTREST

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung.
Fungsi->memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lower back dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran

13. HATCHES

Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck.
Fungsinya->menyimpan peratlatan diri dan perkhemahan.

PENDAYUNG (PADDLE)

* Berfungsi untuk mengerakkan kayak
* Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya
Berlawanan kedudukan.

ANATOMI PENDAYUNG

1. Blade (Bilah mata dayung)
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung.
Fungsi->mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

2. Tip (Pelindung mata dayung)
Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.
Fungsi->melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)


3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.


4. Neck (Leher pendayung)
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.


5. Drip ring (bulatan getah)
Diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.
Fungsi ->menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring


6. Front of blade (muka dayung)
Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Unfeathered Paddle Feathered Paddle

JAKET KESELAMATAN ATAU BOUYANCY AID ATAU PFD( personal floatation devices)


Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Bahan bantuan apungan yang berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Ia bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

PFD adalah ‘Personal Floatation Devices’ (juga dikenali sebagai jaket keselamatan, penyelamat kehidupan, pelampung dan pakaian pengampungan. Alat ini direka untuk membantu pemakainya, samaada sedar atau tidak sedarkan diri, untuk bertahan.

WALL CLIMBING


WALL CLIMBING
Panjat tebing adalah menaiki, memanjat, mendaki sebuah batuan atau tebing menggunakan seluruh anggota tubuh dan mementingkan keselamatan dengan melihat kecacatan batu seperti celah, tonjolan, rekahan sebelum memanjat sama ada dibantu atau tidak dibantu dengan peralatan khusus untuk menggapai ketinggian.


BILAYER
Bilayer adalah proses mendapatkan dan melindungi pendaki dengan menggunakan tali untuk memegang berat badan pemanjat jika dia jatuh. Seseorang yang memegang tali atau peranti belay adalah pasukan yang dihubungkan bersama oleh tali. Belaying adalah satu bahagian penting dalam mementingkan keselamatan pendaki.


PEMANJAT (CLIMBER)
Para climber harus mengenal terlebih dulu jenis-jenis pemanjatan serta penguasaan kawasan pemanjatan secara terperinci, dan mengetahui karakter tebing yang akan dipanjat justeru pada waktu yang sama climber boleh tahu peralatan apa yang harus dipersiapkan.Selain itu, climber perlu mempunyai hubungan komunikasi dengan bilayer semasa pemanjatan supaya keselamatan kedua-dua terjamin.Climber perlu memasang pengaman sekuat mungkin dan mengatur jarak antara pengaman pada tali.


PROSES SEBELUM PEMANJATAN
a) Prosedur pemasangan peralatan yang betul.
Pemasangan pengaman yang satu dengan yang berikutnya dengan jarak yang tidak terlalu panjang merupakan hal yang paling tepat dilakukan untuk menghindari resiko jatuh yang terlalu tinggi.Biasanya pengaman dipasang dengan jarak antara 2-4 meter.Alur pemasangannya pun sebaiknya jangan berbentuk zig-zag atau berbelok-belok, tetapi mestilah dalam keadaan lurus.



b) Prosedur pemanjatan yang betul.
1. Kedua bilayer dan climber pastikan kekuatan pemasangan peralatan pemanjatan masing-masing.
2. Pastikan kedua-dua bilayer dan climber bersedia.
3. Wujud hubungan komunikasi antara bilayer dan climber. Biasanya mereka menggunakan Belay Command (isyaratKomando), seperti :
Climber : “Belay On.....!”(belayer siap?)
Belayer : “On Belay....!” (belayer sudah siap!)
Climber : “Pull..!”
Belayer :tanpa menjawab belayer mengawal tali pengaman
Climber : “Slack...!”
Belayer :tanpa menjawab belayer mengendurkan tali pengaman
Climber : “rock...!”
Belayer :tanpa menjawab menghindari benda yang jatuh
Climber : “Off Belay...!”
Belayer :”Belay Off...!”

4. Bilayer bersediadalamkeadaan yang betulapabila climber ingin berhenti pada bila-bila masa.


c) Teknik pemanjatan yang betul.

* Three point contact(3 titik kontak)
Mempertahankan posisi di tebing dengan 2 tangan 1 kaki atau 1 tangan 2 kaki, dengan cara ini kamu dapat meminimalkan tenaga.


* Usahakan tangan selalu lurus.
Bilayer: Dengan tangan lurus sebahagian beban tubuh jadi lebih sedikit ringan. Jika tangan dibengkokkan semasa menahan beban, bilayer akan kehilangan tenaga.

Pemanjat:
Semasa menjatuhkan badan pada keadaan ketinggian apapun, jatuhkan badan dengan menekuk kedua lutut dan meluruskan tangan.


* Memanjat dengan kaki dan bukan tangan.
Kaki kita pasti memiliki tenaga lebih kuat dari tangan, perbanyak mendorong vertikal dengan kaki bukan menarik dengan tangan.


PERALATAN PEMANJATAN

* Tali Kern mantel
Ukuran tali yang digunakan bermacam-macam mulai dari 9 mm – 11 mm yang terdiri dari dua macam, tali Dinamis dan tali Statis.


* Carabiner
Carabiner HMS memiliki kunci (screw) sebagai pengaman, dipakai sebagai anchor pada top roping dan juga dipakai oleh belayer.


Carabiner D atau Oval dan Snap (Snapring) digunakan untuk keperluan lain seperti untuk dipakai bersama dengan cam dan draw.



* Harness
Harnes adalah sebuah peralatan yang digunakan panjat tebing dalam jenis tertentu. Kegiatan lain merangkumi penggunaan tali adalah untuk menyediakan akses keselamatan (misalnya akses tali industri, bekerja di ketinggian, dsb). Kegunaan harnes adalah untuk memastikan keselamatan seseorang dari ketinggian yang telah terikat oleh seutas tali atau titik ancor. Harnes ada yang bertype full body harnes dan seat harnes. Full body harnes adalah bentuk harnes yang dihubungkan pada seluruh badan. Seat harnes adalah bentuk harnes seperti seluar untuk duduk saat ditarik keatas. Umumnya untuk menolong seseorang seperti memasang point wall.




* Sepatu Panjat
Keutamaan sepatu panjat tebing adalah pada kekuatan tapaknya untuk mencengkram tebing. Kelenturan tapak mengikuti bentuk permukaan tebing yang tidak rata memudahkan ‘climber’ memijak pada kawasan yang tidak rata.



* Belay Devices
peralatan untuk menahan tali semasa pemanjatan agar pemanjat tidak terjatuh. Banyak versi yang biasa dipaka idan yang sering dipakai adalah ATC, Figure 8, dan Grigri.


* Cam
Spring Loaded Camming Device (SLCD) atau biasa disebut cam atau friends adalah peralatan untuk pemanjatan. Jika ditarik, hujungnya akan mengecil sehingga mudah dimasukkan kecelah tebing. Jika dilepaskan hujungnya akan mengembang memenuhi celah tebing. Cam terdapat dalam beberapa ukuran disesuaikan dengan lebar celah tebing.


* Chalk bag dan kapur magnesium
Sebuah beg kecil yang umumnya dipakai di pinggang bahagian belakang seorang pemanjat, berisi kapur magnesium, yang berguna untuk mengurangkan basah pada tangan dan kelembapan pada batu atau permukaan tebing.



SIMPUL/KNOTS YANG DIGUNAKAN UNTUK ‘WALL CLIMBING’

- Simpul delapan (figure of eight knot)
- Simpul delapan ganda (double lub figure of eight knot)
- Simpul nelayan (fisherman knot)
- Simpul bowline