Saturday 30 March 2013

KAYAK


KAYAK
Kayak ialah penggunaan kayak untuk bergerak merentasi air. Umumnya perbezaan kayak dengan berkanu ialah kedudukan tempat duduk pendayung dan bilangan bilah dayung. Berkayak ditakrifkan adalah bot dimana pendayungnya mendayung menghadap kehadapan, menjulur kaki mereka kehadapan, dan menggunakan dayung berbilah dua. Hampir semua kayak ditutup dengan dek. Kini, terdapat banyak ‘sit-on-top kayak’, dan ia semakin meningkat populariti.


JENIS KAYAK
a) sea kayak (KAYAK LAUT)- direka khusus untuk aktiviti kembara samaada untuk satu atau dua jurumudi dengan rekabentuk permukaan dan saiz bersesuaian dengan keadaan persekitaran laut.



b) whitewater kayak-menggabungkan teknologi rekaan bot yang menekankan aspek ketahanan, sebagaimana kayak jenis slalom yang tahan lasak

c) Kayak luncur ombak atau surf skis- direka khusus lebih kecil dan memanjang yang sesuai untuk aktiviti membelah ombak dan aktiviti menyelamat di kawasan berombak

d) kayak jenis perlumbaan- menampilkan rekaan yang lebih tirus dan tajam di kedua-dua belah bahagian depan dan belakang malah paling sukar untuk dikendalikan


ANATOMI KAYAK

Kayak mempunyai bahagian yang penting:

1. BOW DAN STERN (HALUAN DAN BURITAN)

Bow= muncung bahagian hadapan
Stern= muncung bahagian belakang.
Bahagian ini boleh ditentukan dengan meninjau bentuk coaming dan arah tempat duduk sesebuah kayak.
Fungsinya->memotong air dan memecah ombak selain menjadi panduan arah tuju kayak


2. PORT SIDE DAN STARBOD SIDE

Port side = bahagian kiri kayak
Starbod side = bahagian kanan kayak


3. HULL

Dinding, lantai, geladak bahagian bawah kayak. Ia mempunyai bentuk yang berbeza-beza bergantung kepada jenis kegunaan sesebuah kayak.


4. DECK (GELADAK ATAS)

Dinding bahagian atas kayak di mana terletaknya cockpit.
Kegunaan ->menutup bahagian atas kayak dan melindungi bahagian kaki pendayung serta memudahkan kemahiran gulingan. Deck hadapan dipanggil foredeck. Manakala deck belakang dipanggil aftdeck.

5. TOGGLES

Sejenis tali atau tempat pemegang yang terdapat dibahagian hujung bow dan stern. Kegunaannya->memudahkan mengangkats esebuah kayak, berpaut apabila terbalik dan mengikatnya ketebing.


6. COCKPIT

Ruangan yang terletak di tengah-tengah kayak dan diantara foredeck dan aftdeck. Ia merupakan kawasan di mana pendayung duduk di dalamnya. Bahagian hadapan dan belakang boleh ditentukan dengan melihat kepada bahagian cockpit.


7. SEAT (TEMPAT DUDUK)

Tempat duduk pedayung terletak di dalam cockpit. Ia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempat duduk standard (mempunyai saiz yang tetap, tempat duduk sederhana-untuk kegunaan rekreasi, tempat duduk ketat-untuk aktiviti arus deras dan tempat duduk boleh laras.


8. COAMING

Bahagian tepi yang kecil dan nipis mengelilingi cockpit.
Fungsi ->untuk menghalang air daripada memasuki cockpit.


9. KNEE BRACE

Terletak di bahagian coaming di bahagian foredeck.
Fungsi->untuk menyokong lutut pedayung dan member cengkaman kaki pedayung yang lebih kuat terhadap kayaknya. Ia hanya terdapat pada kayak arus deras dan slalom sahaja.


10. TOWLINE/DECKLINE

Tali yang diikat dari hujung bow kesisi kiri dan kanan coaming hingga kebahagian stern. Fungsi ->sebagai tali untuk menyelamat, penunda, mengikat alatan dan mengikat kayak. Tidak semua kayak memiliki towline


11. KEEL

Terletak di bahagian geladak bawah kayak.
Fungsi->untuk membelah arus dan bertindak sebagai kemudi. Ia membolehkan sesebuah kayak itu bergerak lurus dengan cepat. Tidak semua kayak mempunyai keel.

12. FOOTREST

Terletak di bahagian foredeck dan merupakan tempat melatak kaki pedayung.
Fungsi->memberikan daya cengkaman dan sokongan tenaga yang lebih yang dihasilkan melalui kombinasi pergerakan tangan, bahu, lower back dan kaki terhadap penghasilan daya dayung yang baik. Ia berfungsi sebagai alat keselamatan yang melindungi pedayung daripada terhentap atau mengeluncur kehadapan akibat hentakan atau pelanggaran

13. HATCHES

Lubang penutup yang terdapat di tengah bahagian foredeck.
Fungsinya->menyimpan peratlatan diri dan perkhemahan.

PENDAYUNG (PADDLE)

* Berfungsi untuk mengerakkan kayak
* Pendayung kayak mempunyai dua bilah mata dayung yang setiap satunya
Berlawanan kedudukan.

ANATOMI PENDAYUNG

1. Blade (Bilah mata dayung)
Kepingan yang berada pada hujung batang dayung.
Fungsi->mengaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak.

2. Tip (Pelindung mata dayung)
Kepingan logam yang berada di hujung mata dayung.
Fungsi->melindungi mata dayung dari kerosakkan akibat hentakan. (tidak semua pendayung mempunyai tip)


3. Shaft/Loom/Bar (batang pendayung)
Bahagian batang pendayung, berbentuk bulat dan lazimnya lurus. Merupakan bahagian pemegang pendayung.


4. Neck (Leher pendayung)
Bahagian percantuman antara blade dan shaft.


5. Drip ring (bulatan getah)
Diperbuat daripada plastic atau getah dan terletak berhampiran dengan neck.
Fungsi ->menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung memeliki drip ring


6. Front of blade (muka dayung)
Berbentuk cembung untuk memberikan sokongan yang kuat kepada mata dayung.

Unfeathered Paddle Feathered Paddle

JAKET KESELAMATAN ATAU BOUYANCY AID ATAU PFD( personal floatation devices)


Ia merupakan alatan keselamatan yang terpenting dalam aktiviti berkayak. Bahan bantuan apungan yang berbentuk seperti vest dan dilengkapi dengan tali pengikat pinggang. Bahan apungannya diperbuat daripada foam yang lembut. Di dalam air, ia akan membuatkan seseorang individu itu terapung secara menegak. Ia bertahan dalam jangka masa yang terhad iaitu beberapa jam sahaja bergantung kepada bahan yang digunakan.

PFD adalah ‘Personal Floatation Devices’ (juga dikenali sebagai jaket keselamatan, penyelamat kehidupan, pelampung dan pakaian pengampungan. Alat ini direka untuk membantu pemakainya, samaada sedar atau tidak sedarkan diri, untuk bertahan.

2 comments:

  1. minta penerangan tentang cara menyelamat kayak teknik I dan T

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas segalanya..🎡
    yang telahkau beri kepada diriku..🎢
    πŸ‘

    ReplyDelete