Sunday 9 June 2013

Assalamualaikum,hai, olla, hello dan salam sejahtera. Hehehe. Memandangkan entry sebelum ni nampak cam formal sangat, kali ni kami (Oppa & Sein)decide nak tulis dalam mood ‘chill-chill’ je. Ehehehe. 

So, pada 20 April 2013 tersebutlah kisah 18 orang bebudak kiut-miut (cewah-cewah, kiut ke? :P) belajar macamana nak pasang tali yang tegang untuk memasang khemah. Ni bukan khemah yang macam selalu orang biasa bawa pergi ‘camping’ dan sudah siap bagi besi tu taw. Ni khemah yang pakai ‘fly sheet and ground sheet’ je.

So, first of all kami punya fasilitator, En. Ifratshim bagi pengenalan sikit bagitahu apa aktiviti kami pada hari itu. Then, bermulalah kisah bagaimana nak memasang tali untuk khemah:-
1.    Mula-mula pada hujung tali yang pertama,kita gunakan ikatan manuk dan matikan ikatan dengan menggunakan ‘thumb knot’. Tali diikat pada tiang.
2.   Seterusnya, tarik baki tali dan bawa kepada tiang lain yang berdekatan. Pusingkan tali kearah tiang yang pertama tadi dan sambung ikatan di tengah-tengah tali atau berdekatan dengan tiang kedua.
3.   Kemudian, gunakan ikatan figure of 8 on a bight, tarik dan tegangkan tali.
4.   Kemudian, matikan ikatan pada tiang kedua dengan menggunakan ikatan manuk.
Tadaa, sudah siap. Bolehla, kita gantungkan ‘fly sheet’ J. Oppss, tapi sebelum tu, hujung lubang pada setiap’fly sheet’ juga mestilah kena ikat. Betul x? Mestila betul betul betul. Hehehehe.
Jadi, untuk pasang tali pada hujung setiap ‘fly sheet’ ni, kita boleh gunakan ikatan ‘bowline’ ataupun ikatan ‘figure of 8 follow through’. Haa, nak tahu x kenapa kita gunakan ikatan ini. Sebab utamanya ialah bila kita nak bukak semula ikatan ni, mudah untuk kita potong tali tu sebabnya kedua-dua ikatan ni ada ‘loop’ or senang kata ada lubang utnuk ruang memotong. Hehe. Eh betul ke tidak ‘info’ yang kami bagitahu ni, rasanya betul dah. Haha confident level itu penting J.
Then, bila sudah ikat setiap hujung ‘fly sheet’ tu, bolehlah kita cucukkan kayu atau apa-apalah yang boleh mencucuk dan masukkan pada lubang tali tadi then cucukkan pada tanah. Eh eh lupa nak bagitahu, then kalau tempat kita bina khemah tu tiada tanah utuk cucukkan kayu, macamana? haayok…
Haha, jangan risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Aceceh berkata-kata, hohoh. Ok kita balik semula pada persoalan tadi. If tiada tanah, then kita boleh cari batu yang berat untuk tahan setiap hujung ‘fly sheet’tu. Tapi ingat taw, cari yang betul-betul berat sebab takut bila ada hujan lebat or ribut, terbang pulak dah khemah tu. Dan seterusnya, habis sudah sesi pemasangan khemah.
Ok, sebelum tu Encik Ifrat ada juga bagitahu faktor-faktor pemilihan untuk pemasangan khemah. Antaranya:-
1.    Angin (kedudukan pemasangan khemah mesti mengiringkan arah angin)
2.   Cahaya matahari (bukaan seharusnya menghadap ke utara atau selatan)
3.   Pokok (jangan memasang khemah di bawah pokok yang mudah jatuh ranting atau buahnya )
Selain itu, jika kita nak camping berseorangan dan tidak mahu bawak khemah yang berat-berat atau memakan ruang kenderaan kita,gunakanlah ‘hammock’. ‘Hammock’ ni macam buaian, kita ikat pada tiang atau pokok yang saling berdekatan, then bolehlah baring atau duduk. Comel je kan, hehe.
Then, itu sahaja pengisian untuk kelas kali ini. Sekian dari kami. Da da di di du du, bye-bye J.

Refleksi: Daripada aktiviti kali ini kami dapat belajar mengikat tali yang tegang dan menggunakan kaedah penggunaan tali yang betul untuk pemasangan khemah. Selain itu, kami juga mempraktikkan pembelajaran kami dalam entry sebelum ini iaitu belajar beberapa ikatan dan boleh gunakan pada masa-masa tertentu atau sesuai. So, xdelah time pasang khemah nanti, tali jadi kendur dan kita xboleh gunakan khemah tu. Kebetulan semasa kami belajar pemasangan khemah ni, it’s the right time (bak kata orang putih). Sebabnya ialah, kami akan ber’camping’ pada kelas yang akan datang J, then nantikan entry seterusnya.

p/s: atas kesulitan yang tidak diingini, gamar xdapat dimasukkan.huhu T_T

First Aid

Entry kali ini kami akan cerita serba sedikit tentang ‘first aid’ dan contoh-contoh atau jenis kecemasan.  Haa tahu tak apa kegunaan ‘first aid’ ni. Of coursela bantuan terdekat or tercepat or sementara bila kecemasan kan kan kan ? J

Okay, sebelum tu nak bagitahu barang-barang penting yang perlu ada dalam kotak ‘first aid’ ni ialah:
-          Ubat makan (oral medicine) , tapi ubat ni tidak digalakkan sangat sebenarnya sebab bercampur dengan ubat lain kan
o   Antara contoh ubatnya ialah:
§  Panadol
§  Ubat cirit birit
§  Pain killer
§  Dehydrate
-          Handiplast
-          Purnol -> luka(sapu selepas sapu antiseptic)
-          Antiseptic cream
-          Counter pain -> untuk bengkak, terseliuh dank ram
-          Ubat kuning -> cuci luka
-          Pil chit ket aun -> sakit perut
-          Ketip kuku
-          Visk
-          Bandage
-          Triangular bandange
-          Glove
-          Cotton bud




Then, kami nak cerita pula jenis-jenis kecemasan.
1.       Luka kecil -> seperti terguris
-          Apa perlu kita buat?
o   Basuh
o   Gunakan antiseptic
o   Tidak menjadi masalah jika tidak ditutup
o   Jika hendak tutup, gunakan kaas atau handiplast

2.       Luka besar -> susah nak berhenti
-          Apa perlu kita buat?
o   Tinggikan paras atas jantung (tangan)
o   Basuh
o   Darah pada perut atau kaki -> apply pressure, baring.
o   Terkena paku -> sapu darah dikeliling kawasan yang terkena paku dan balut tempat yang terkena paku
p/s: jangan lakukan ikatan tony (yang bila darah keluar, kita ikat pada bahagian luka tersebut dengan ketat) -> don’t do this okay.

3.       Patah
-          Tulang terkeluar
o   Jangan banyak bergerak
-          Patahkaki
o   Ambil kayu letak di bahagian kiri dan kanak kaki, ikat supaya tidak bergerak

4.       Pengsan
-          Ada dua jenis pengsan iaitu PERTAMA -> mangsa tersebut apabila kita nampak memang sudah tersedia pengsan (xtahu sebab dia pengsan) dan KEDUA -> mangsa yang kita nampak dia pengsan dan tahu apa sebab dia pengsan.
o   Untuk yang PERTAMA tadi:-
§  Contoh: terhantuk, dipatuk ular
§  Apa yang perlu dilakukan?
·         Bagi CPR
·         Bantuan yang diberikan perlulah merangkumi awal jumpa mangsa sehingga bantuan sampai.
o   Untuk yang KEDUA :-
o   Contoh: pitam (Kemungkinan tidak dapat bernafas atau tidak selesa, pakaian ketat)
o   Apa yang perlu dilakukan?
§  Cuba kejutkan
§  Longgarkan pakaian
§  Muka pucat -> bawa ke hospital
5.       Tercekik
-          Apa yang perlu dilakukan?
o   Heimlich manover
o   Cuba muntahkan
o   Minta perhatian orang

6.       Terekik dan pengsan
-          Apa yang perlu dilakukan?
o   Baringkan dan keluarkan makanan dari mulut
o   Recovery position
-          Jika bayi tercekik -> terbalikkan dan tepuk belakang badan



7.       Terbakar
-          1st degree -> melepuh, bergelembung
-          2nd degree -> bulu roma kerinting
-          3nd degree -> bulu roma tiada


Apa yang perlu dilakukan ?

-          Jom kita tengok bawah ni. DR.ABC(D)
-           


Kem Ayer Hitam

Assalamualaikum, kalau xjawab dosa kalau jawab sayang. Hehe. Tiru style blogger Maria Elena pulak. Okay, now kami nak bercerita tentang kem yang kami pergi baru-baru ini. Haa, entry sebelum ni da pergi kem kan. Maksudnya, ni kem kali ke-2. Kali ini, kami berkhemah style survival pulak. Haa, aritu kami banyak buat aktiviti yang mencabar dan dimanjakan dengan makanan yang sedap-sedap. Kali ini, kami perlu memasak dan mengurus diri menggunakan kemudahan dan keperluan yang ada.
                                                                                                                                           
Kali ini, kami bekhemah di Ayer Hitam, Puchong pada 25-26hb Mei 2013. Kami masing-masing bergerak menggunakan kenderaan sendiri sebab tapak perkhemahan tu dekat je dengan UPM. Opss,lupa nak bagitahu. Kem kali ni kami pergi 1 hari setengah je. Hehe.

25 Mei 2013.
-          0800 - 0900          berkumpul di Fakulti Perhutanan
-          0900 - 1000          bertolak ke Kem Ayer Hitam, Puchong.
-          1000 - 1100          Tiba di Kem Ayer Hitam. Mendengar taklimat. Pembahagian kumpulan dan bahan-bahan makanan.

Masa ini, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan tetapi hanya 14 orang dari kami sebab ada beberapa orang yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Then kami diletakkan di dua tapak perkemahan yang berbeza. Sob sob kena berpisah.

-          1100 - 1700          Pengurusan kem, memasak, makan dan solat.


                                                                              


group A








                                                                                       Group B





Barisan masterchef group A

 Barisan maserchef group B

Jom masak-masak















1700 – 2040         jom cari kayu api, then pengurusan diri, solat
2040 – 2400         Aktiviti malam yang dirancang oleh setiap kumpulan masin-masing. Kebetulan kedua-dua kumpulan main ‘game’ Truth & Dare. Masa ni banyaklah kisah-kisah sweet di sebalik ahli-ahli dalam kelas kami. Aceh ceh ceh. Tapi xde gambar, teruja sgt mendengar cerita orang lain. Hoho.
2400 – 0600         kami bergilir-gilir tidur dan menjadi sentri sambil tu mnjaga unggun api.


N I jela gambar yang ada malam 2. Hohoh.

Okay, done utk hari pertama. Next day please…

25 Mei 2013
0700 – 1100         memasak, sarapan, dan melawat ke tapak perkhemahan group lain




1100 – 1200         kemas tapak perkhemahan then buat refleksi sket pas2 balik



Refleksi: Kem kali ini adalah kelas terakhir kami.Sob sob nak berpisah sudah. Tapia pa-apa pun kami enjoy sepanjang kelas. Kem kali ini mengajar kami erti menyesuaikan diri dengan persekitaran dan kemudahan yang berbeza dengan apa yang kami lalui setiap hari. Kami belajar erti survival bagaimana hidup di dalam hutan. Selain itu, kami saling bekerjasama sepanjang aktiviti macam family. Love and miss u all guys. Cewahh. Ok bye.