Sunday 9 June 2013

Assalamualaikum,hai, olla, hello dan salam sejahtera. Hehehe. Memandangkan entry sebelum ni nampak cam formal sangat, kali ni kami (Oppa & Sein)decide nak tulis dalam mood ‘chill-chill’ je. Ehehehe. 

So, pada 20 April 2013 tersebutlah kisah 18 orang bebudak kiut-miut (cewah-cewah, kiut ke? :P) belajar macamana nak pasang tali yang tegang untuk memasang khemah. Ni bukan khemah yang macam selalu orang biasa bawa pergi ‘camping’ dan sudah siap bagi besi tu taw. Ni khemah yang pakai ‘fly sheet and ground sheet’ je.

So, first of all kami punya fasilitator, En. Ifratshim bagi pengenalan sikit bagitahu apa aktiviti kami pada hari itu. Then, bermulalah kisah bagaimana nak memasang tali untuk khemah:-
1.    Mula-mula pada hujung tali yang pertama,kita gunakan ikatan manuk dan matikan ikatan dengan menggunakan ‘thumb knot’. Tali diikat pada tiang.
2.   Seterusnya, tarik baki tali dan bawa kepada tiang lain yang berdekatan. Pusingkan tali kearah tiang yang pertama tadi dan sambung ikatan di tengah-tengah tali atau berdekatan dengan tiang kedua.
3.   Kemudian, gunakan ikatan figure of 8 on a bight, tarik dan tegangkan tali.
4.   Kemudian, matikan ikatan pada tiang kedua dengan menggunakan ikatan manuk.
Tadaa, sudah siap. Bolehla, kita gantungkan ‘fly sheet’ J. Oppss, tapi sebelum tu, hujung lubang pada setiap’fly sheet’ juga mestilah kena ikat. Betul x? Mestila betul betul betul. Hehehehe.
Jadi, untuk pasang tali pada hujung setiap ‘fly sheet’ ni, kita boleh gunakan ikatan ‘bowline’ ataupun ikatan ‘figure of 8 follow through’. Haa, nak tahu x kenapa kita gunakan ikatan ini. Sebab utamanya ialah bila kita nak bukak semula ikatan ni, mudah untuk kita potong tali tu sebabnya kedua-dua ikatan ni ada ‘loop’ or senang kata ada lubang utnuk ruang memotong. Hehe. Eh betul ke tidak ‘info’ yang kami bagitahu ni, rasanya betul dah. Haha confident level itu penting J.
Then, bila sudah ikat setiap hujung ‘fly sheet’ tu, bolehlah kita cucukkan kayu atau apa-apalah yang boleh mencucuk dan masukkan pada lubang tali tadi then cucukkan pada tanah. Eh eh lupa nak bagitahu, then kalau tempat kita bina khemah tu tiada tanah utuk cucukkan kayu, macamana? haayok…
Haha, jangan risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Aceceh berkata-kata, hohoh. Ok kita balik semula pada persoalan tadi. If tiada tanah, then kita boleh cari batu yang berat untuk tahan setiap hujung ‘fly sheet’tu. Tapi ingat taw, cari yang betul-betul berat sebab takut bila ada hujan lebat or ribut, terbang pulak dah khemah tu. Dan seterusnya, habis sudah sesi pemasangan khemah.
Ok, sebelum tu Encik Ifrat ada juga bagitahu faktor-faktor pemilihan untuk pemasangan khemah. Antaranya:-
1.    Angin (kedudukan pemasangan khemah mesti mengiringkan arah angin)
2.   Cahaya matahari (bukaan seharusnya menghadap ke utara atau selatan)
3.   Pokok (jangan memasang khemah di bawah pokok yang mudah jatuh ranting atau buahnya )
Selain itu, jika kita nak camping berseorangan dan tidak mahu bawak khemah yang berat-berat atau memakan ruang kenderaan kita,gunakanlah ‘hammock’. ‘Hammock’ ni macam buaian, kita ikat pada tiang atau pokok yang saling berdekatan, then bolehlah baring atau duduk. Comel je kan, hehe.
Then, itu sahaja pengisian untuk kelas kali ini. Sekian dari kami. Da da di di du du, bye-bye J.

Refleksi: Daripada aktiviti kali ini kami dapat belajar mengikat tali yang tegang dan menggunakan kaedah penggunaan tali yang betul untuk pemasangan khemah. Selain itu, kami juga mempraktikkan pembelajaran kami dalam entry sebelum ini iaitu belajar beberapa ikatan dan boleh gunakan pada masa-masa tertentu atau sesuai. So, xdelah time pasang khemah nanti, tali jadi kendur dan kita xboleh gunakan khemah tu. Kebetulan semasa kami belajar pemasangan khemah ni, it’s the right time (bak kata orang putih). Sebabnya ialah, kami akan ber’camping’ pada kelas yang akan datang J, then nantikan entry seterusnya.

p/s: atas kesulitan yang tidak diingini, gamar xdapat dimasukkan.huhu T_T

2 comments:

  1. youtube.com/en/YouTube/video/bet-nfl-slots-nfl-slots-nfl-slots-nfl-slots-nfl-slots
    YouTube · Play. Videos · Videos. Videos · Videos. Videos · Videos · Videos. Videos. Videos · 유튜브 음원 추출 Videos. หารายได้เสริม Videos · Videos. Videos · Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. videodl Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos. Videos.

    ReplyDelete
  2. Jackpot Party Casino Site | Lucky Club
    Jackpot Party Casino is the latest luckyclub in the online betting industry. The company has been established by one of the biggest names in the online casino scene. Rating: 4.9 · ‎23 votes

    ReplyDelete